Pandemik COVID-19 di Asia Tenggara
Pandemik COVID-19 di Asia Tenggara

Pandemik COVID-19 di Asia Tenggara

Pandemik COVID-19 mula merebak di Asia Tenggara pada 13 Januari 2020 iaitu merupakan kes pertama dari Thailand. Mangsa merupakan seorang pelancong wanita dari Hubei, China berumur 61 tahun. Mangsa telah dimasukkan ke hospital di Nonthaburi pada 8 Januari 2020 dan disahkan positif pada 13 Januari 2020[1]. Sehingga 21 Mac 2020, semua negara di Asia Tenggara telah merekodkan sekurang-kurangnya satu kes COVID-19. Sehingga 25 Disember 2020, Indonesia telah merekodkan jumlah kes positif dan kes kematian COVID-19 yang tertinggi di Asia Tenggara iaitu 692,838 kes dengan 20,589 kematian, Filipina merekodkan 465,724 kes dengan 9,055 kematian, Myanmar merekodkan 119,788 kes dengan 2,532 kematian, Malaysia merekodkan 100,318 kes dengan 446 kematian, Singapura merekodkan 58,495 kes dengan 29 kematian, Thailand merekodkan 5,829 kes dan 60 kematian, Vietnam merekodkan 1,432 kes dengan 35 kematian, Kemboja merekodkan 363 kes dengan sifar kematian, Brunei Darussalam merekodkan 152 kes dengan 3 kematian, Laos dan Timor Leste merekodkan 41 kes dengan sifar kematian.Sehingga 25 Disember 2020, sebanyak 1,444,884 kes telah direkodkan dengan sebanyak 1,239,656 kes sembuh, 32,749 kematian dan 172,479 kes aktif.